Work At Home Mom – Cheque Ke-2

Free PositiveSSL and WhoisGuard with Every Domain Purchase

wah_mom

Alhamdulillah, rezeki Humaira..cheque bulan ni RM 1652.  Tetap juga ada hasil walaupun hanya bekerja dari rumah. Seronok tau rasa bila kita boleh jaga anak, tengok keletah anak, tengok anak membesar depan mata..tapi masih boleh cari duit untuk bantu ringankan beban suami tanpa perlu kita tinggalkan anak kita walau sesaat pun.

Emi memang susah nak berenggang dengan Humaira, mana Emi pergi pun memang Emi usung Humaira ni. Kena pulak memang suami Emi tak bagi Emi kerja macam dulu. Dia cakap, buat bisnes pada rumah ke jual la apa2 kat internet. Lagipun, kalau kerja nak kena isi minyak kete, bayar tol, duit makan macam2 lagi. Tu belum masuk kos hantar anak pergi nursery lagi, dengan macam2 kes baby meninggal..eeeee, takut lah nak tinggalkan anak.

Mula2 dulu suami Emi bagi modal sikit, beli sikit item untuk jual online tapi tak berapa jalan tapi takper, sekali gagal tak berkmakna selamanya gagal. Cuba pulak bisnes MLM, *mesti ramai daripada korang takut bila dengar MLM kan?* Memang betul, ramai orang takut & tak suka dengan MLM tapi bisnes ni la yang bagi Emi income sekarang ni.

Baru dua bulan Emi buat biz ni,cek bulan pertama RM300 jer *Cheque Emi lupa nak scan,excited punya pasal dapat RM300 terus masukkan kat cheque deposit* So, ni cheque bulan kedua, RM1652. Harap2 bulan depan makin bertambah dan terus bertambah.

Kalau korang nak tau lagi pasal biz Emi buat ni, tgu post akan datang..korang jangan takut, modal dia budak sekolah pun boleh bayar. Korang mesti tak percayakan, tunggu k.

About the author

Nama saya Ermilia. Saya seorang isteri & ibu kepada si comel Nur Humaira. Minat baru saya adalah mengisi masa dengan 'edit' gambar yang tidak menarik bertukar kepada sesuatu yang lebih cantik untuk dilihat..:) Pernah bekerja sebagai G.Designer. Sejauh mana pun saya akan pergi, saya masih belajar & terus belajar..

Sila Comment..;)