7 Designer Blog Malaysia Yang Mesti Korang Tengok

Free PositiveSSL and WhoisGuard with Every Domain Purchase

Thank You

Jumaat yang lepas, 18 June 2010…dapat satu email dari seorang insan Allah bernama Ariff. Email itu ringkas bertulis “Hi Emi, Blog Emi dipilih masuk ke senarai ni http://ariffshah.com/designer-blog-malaysia. Kalau tak keberatan kongsilah dengan kawan dan keluarga. – Ariff”.

7 Designer Blog Malaysia Yang Mesti Korang Tengok

KLIK SINI

Pabila saya klik pada link ni..sangat-sangatlah teruja atas pengikhtirafan ni..mana taknya, blogging2 ni baru setahun jagung.. tp dah diberi feedback mcmni..agak terharu – ini semua berkat dorongan suami sampai kekadang kena marah sbb nak buat blog ni..(marah2 manja..hihi) – maklumlah, emi ni pemalu dan segan nak berkongsi dgn orang.. tp kalu malu xkan kemana..kalu x tau pun kena confident mcm kita tau..tapi jgnlah buat tak tau..kira belakang cerita pandai2lah cari resource..ada paham?! bukan apa2 belakang hari, kita juga yang untung sbb sedikit sebanyak kita ada jugak ilmu di dada.

Mengenai perkongsian terpilih ke senarai 7 Designer Blog Malaysia Yang Mesti Korang Tengok.. orang pertama yg berkogsi keterujaan ni ialah dgn suami.. sanggup bgn 3-4 pagi manalah tau, suami emi on9 time tu..hehehe, jam Jepun beza 1 jam cepat..tp last2 just forward email jek pada suami.. tapi tulah, suami emi bagitau.. belajar dan teliti mcmaner blog orang lain seperti size gambar yg di post..designnya..entri nya.. amik contoh2 ni dan praktikkan.. sambil dapat ilmu sambil memerhati.. sekurang2nya untuk kepuasan sendiri. Dalam senarai tu, owner blog derang sangatlah hebat.. muda2 dah pandai buat duit.. design derang pun gempak-gempak!!.. tapi tulahkan, ikut kemampuan sendiri..kalu simple2 pun orait what..sekurang2nya intipati cerita yg nak dikongsi padat..walaupun hanya untuk merehatkan minda dan mata.. :)

Btw, sekali lagi..pengiktirafan ni sangat-sangat emi hargai.. semoga emi akan dapat lebih ramai kawan2 blogger diluar sana untuk berkongsi cerita dan luahan hati.

Terima Kasih Daun Keladi,
Marilah berkunjung kat blog emi lagi.. :D

About the author

Nama saya Ermilia. Saya seorang isteri & ibu kepada si comel Nur Humaira. Minat baru saya adalah mengisi masa dengan 'edit' gambar yang tidak menarik bertukar kepada sesuatu yang lebih cantik untuk dilihat..:) Pernah bekerja sebagai G.Designer. Sejauh mana pun saya akan pergi, saya masih belajar & terus belajar..

Sila Comment..;)