Khas untuk Suami saya & Ayah Nur Humaira..

Free PositiveSSL and WhoisGuard with Every Domain Purchase

1106

“Bila ALLAH cepat makhbulkan doamu, maka DIA menyayangimu… Bila ALLAH lambat makhbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu… Bila ALLAH tidak makhbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik buatmu… Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya… Semoga kita mampu menempuhinya dgn penuh Kesyukuran, Ketabahan Dan Keikhlasan. انشـــــاء الله”

Hari ini, Istimewa untuk Suami Tersayang dan lagi di cintai.. tiada apa yang boleh saya berikan, cuma satu kucupan yang manis, pelukan kasih dan sayang saya untuk awak, saya doakan semoga apa yang awak hajati dimakbulkan olehNya.. diberikan kesihatan yang baik.. agar kehidupan awak dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. Saya sentiasa percaya pada awak, awak suami saya :) .. awak sentiasa bagi kekuatan untuk saya bersama-sama berjuang walaupun sometimes saya nampak kelemahan itu dari mata awak.. tapi saya pasti, segalanya pasti ada yang lebih baik yang menanti…

Sempena hari yang besh ni, mudah-mudahan agenda kita berjaya, mengharapkan agar ada sesuatu yang gembira dapat dinantikan nanti.. itu pun Bila Allah makbulkan doa dan impian kita, kalu x dpt bukanlah x bererti Dia sayang kita kan.. CUMA ADA YANG TERBAIK SEDANG MENUNGGU KITA UNTUK “AWAK, SAYA DAN ANAK” ..

Tak pernah terputus pun mendoakan agar awak berjaya, mempunyai kesihatan yang baik, menjadi suami yang baik untuk saya, ayah yang penyayang untuk anak kita, ketua keluarga yang adil.. sentiasa dipermudahkan segala urusan awak..semoga diberkati dan dirahamati kehidupanmu wahai suami saya.. (mengantikan wish happy besday, k)

Awak… saya sayang awak, saya sayang anak kita.. kekadang bila kamu berdua berbaring letakkan kepala diriba saya.. aduhai.. betapa bertuahnya saya, mempunyai 2 kekasih hati yang telah dikurnikan dan diciptakan olehNya untuk saya berkongsi sedih dan gembira saya.. :) Salam Sayang Peluk Cium Rindu

I LOVE YOU, AHMAD NORIDDIN..

from Me and Nur Humaira.

About the author

Nama saya Ermilia. Saya seorang isteri & ibu kepada si comel Nur Humaira. Minat baru saya adalah mengisi masa dengan 'edit' gambar yang tidak menarik bertukar kepada sesuatu yang lebih cantik untuk dilihat..:) Pernah bekerja sebagai G.Designer. Sejauh mana pun saya akan pergi, saya masih belajar & terus belajar..

Sila Comment..;)