Salam Sejahtera dan hello pada sesiapa yang membaca blog emi ini..Nak cerita serba sedikit tentang diri emi tapi takderlah yang extraordinary pun..seorang insan yang mempunyai seorang puteri pengubat hati baru berusia 8 bulan..yang bernama Nur Humaira.
Mempunyai Diploma dalam bidang Graphic Design & Multimedia di LimKokWing Institute Creative of Techonology (LICT, Kelana Jaya’ 99) yang kini dikenali sebagai LIMKOKWING University. Pernah bekerja di beberapa tempat..seperti KKSB,BLUINC MEDIA,ASTRO,LES’copaque,APV.., tapi sekarang ni emi bekerja sebagai Freelancer@BoldImagesDigitalPrint@W.A.H.M… menjadi seorang ibu tentulah berat hati untuk berpisah dengan buah hati baru, tetapi itu tidaklah menyekat atau menghalang emi untuk teruskan karier dalam bidang emi minat..bekerja dari rumah, mengambil job melalui email..lebih menjimatkan masa dan kualiti kerja terjamin kerana tiada persekitaran yang mengganggu minda kita untuk berfikir..sambil2 tur biz yang dijalankan sekarang pun masih juga buat
..
Emi terima tempahan berkaitan Graphic Design and Printing Service..jadi mcm korang2 yang dah ada design tapi just nak print jek pun boleh.. nak design pun boleh..nak design dgn print pun boleh..
..tapi make surelah segala urusan kena final decision,jgnlah last minute ada pertukaran,boleh ada pertukaran tapi kena finalize kan betul2 takut2 ntn korang yg akan bayar kos nya bila product dah kuar nak buat lain, korang kena charge le, ikut cina punya bisnes, kuikuikui..apapun sebarang pertanyaan lanjutan, boleh emailkan kepada emi.
Saingan dalam dunia kreativiti@Biz amatlah mencabar, cuma kita perlukan daya usaha tanpa ada rasa mengalah serta berdoa, InsyaAllah dengan izinNya..pasti berjaya. Berkat Doa Suami, Mak Abah kita juga..InsyaAllah pastinya akan memudahkan segalanya.
Peace.














Replica Rolex Datejust: I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you make t...
Emi: ye..harga pun ye :)...
iwan: hye! nice bLog.. anyway,nak tnye bagpack ade jenis ni je? and..this ...
Emi: sob..sob..allahmdullilah :) samalah azam kita..hehehe....
Saya: Apa azam awak tahun ni? Azam saya ada banyak..salah satunya nak BAH...